~...~

Saturday, October 1, 2011

detik RAMADHAN menjelang SYAWAL


Tarikh    : 25 Ramadhan 1432 bersamaan 25 Ogos 2011
Tempat  : Pendang Lake Resort
Objektif : Ifthar Jama’ie bersempena Liqa Mahabbah Ramadhan.
“Jika si musafir mencari teman, carilah teman yang sabar diduga, Allah suka insan beriman, akhirat nanti nikmatnya syurga. Apalagi yg dperlukan bg sebuah persahabatan, jika di dalamnya terisi dengan jutaan rahmat Tuhan …bila menangis ada yang meredakan, bila gmbira ada yang mengingatkan,bila sakit ada yg mendoakn, bila sihat ada yang meraikan…alangkah hebatnya persahabatan,lagi hebat jika seiring dengan pjuangan…”
Pertemuan tertunai mahabbah tertaut. Alhamdulillah untuk kesekian nikmat syukur terhadap kurniaanNYA yang tak ternilai di atas sebuah pertemuan yang dibajai dengan penuh kaseh dan rahmatNYA. Sekali lagi kita berpeluang merasai nikmat kemanisan sebuah pertemuan bersama ukhuwwah yang sebenar. Kali ini, destinasi pilihan adalah tasik Pendang. Lokasi yang berbeza dari perancangan awalnya nyata memberi seribu satu hikmah buat seisinya. Check-in seawal jam 4 petang bagi menyempurnakan persiapan berbuka.
Menjelang petang, ramai sahabat yang datang untuk memeriahkan iftar tersebut. Walaupun terpaksa berangkut ke sana-sini, berpanas mentari malah ada yang menggigil kesejukkan dek hujan yang lebat melanda. Terharu tak terhingga atas komitmen ampa semua, you all wat I sayang korang lbey laa. Untuk pengetahuan sahabat yang lain, juadah berbuka pada hari tersebut ditaja sepenuhnya oleh ‘Encik Rozak Nasi Kandar’. Pergghh! Memang best lah nasi kandaq dia. Rindu nak makan sebenaqnya. Dulu masa form 3 kan selalu Hanim tapau balik asrama..hu3. sekitar jam 7 malam, juadah mula di agih dan dihidangkan. Masing-masing sungguh ringan tulang mempersiapkan persiapan berbuka. Almaklomlah kan, bebuka kenalah ‘on time’, lepas pada tu dah berat muatan suma nya.
Alhamdulillah, setelah selesai berbuka kami solat maghrib berjamaah dan diteruskan solat terawih yang dilangsungkan dalam ruang penginapan. Ada juga sebahagian kecil yang mengambil peluang untuk menyertai jemaah di masjid Pendang tetapi perkara tersebut tidak menjejaskan langsung objektif asalnya. Sesudah terawih, pakat sambung gebang balik.  Di kesempatan ruang yang terluang, kami berta’aruf semula sekadar menyingkap perkembangan terkini sahabat-sahabat. Ternyata dalam kesibukan belajar, kesibukan dengan amanah lebih mengujakan hati mereka. Ramai dikalangan mereka memikul beban amanah yang sangat penting untuk dipertanggungjawabkan. Namun diri ini masih mampu berbangga dengan ijtihad kalian. InsyaAllah moga kalian tergolong bersama orang-orang yang sabar~~aaamin.
Keesokan paginya, kami berkesempatan untuk menyempurnakan sahur bersama-sama. Check-out yang dijadualkan pada sekitar 9 pagi menjadikan masa terasa begitu singkat. Waktu berbaki dimanfaatkan dengan menguruskan diri masing-masing hinggalah ke detik perpisahan. Sungguh meresap ke dasar hati bahawa pedihnya detik perpisahan. Namun bibir kembali tersenyum tatkala terimbau detik pertemuan yang indah untuk dikenang. Alangkah indahnya saat itu. Andai bisaku mengulang waktu hilang dan terbuang, kan ku sematkan kenangan bersamamu teman.








Ma’assalamah wa illalliqa…~~(“,)

Thursday, February 10, 2011

in my opiniON...


~~~LEGASI LIMA~~~

Langkah

Enigma

Generasi

Aspirasi

Sentuhan

Islam

LIqa

MAhabbah

picnic JOM!








Tarikh : 3 Febuari 2011

Masa : 11 pagi

Objektif : PICNIC AT PANTAI MURNI

Pertama dan selamanya marilah melimpahkan rasa syukur kepada pemilik semesta ini.kerna hari ini detik ini dan saat ini kita masih lagi berpeluang mengecap nikmatNya yang tidak terbatas telah pun dianugerahkan buat kita semua. Pada hari Khamis 3 Febuari 2011, satu pertemuan telah diatur dan berlangsung dengan sempurna buat kedua kalinya. Terdetik rasa rindu dengan kenangan yang selalu terbayang di layar minda bersama kalian. Program bermula lewat tengahari ekoran beberapa kesulitan kecil yang menganggu. Namun ianya tidak menjejaskan agenda yang telah rapi diatur. Antara agenda yang berlangsung sepanjang pertemuan:

* PENGENALAN KPD ALUMNI

* PENGENALAN KEPADA JAWATANKUASA TERLANTIK

* Kesepakatan YURAN AKTIVITI sebanyak RM30 setahun

* MEDIUM PERANTARAAN SEMASA

BLOG/FB/YAHOO MESSENGER/YAHOO GROUP…

* USUL AKTIVITI

-Grand reunion

-BBQ -tanjung dawai

-pulau bunting

* SESI BERGAMBAR

Setelah menyudahi agenda terakhir, rakan sahabat mengambil peluang untuk menjelajah tempat-tempat menarik disekitar daerah Yan. Masing-masing saling berceloteh perihal persekitaran baru modal santapan telinga. Ukhuwah yang sekian lama terhenti kini terjalin kembali. Terlihat senyuman kebahagiaan tika salam disapa, tangan menyambut, mahabbah bertaut. Diharapkan kalian sentiasa berdiri beiringan untuk kita sama-sama melangkah ke daerah baru dalam mencari warna seindah pelangi. Wassalam..

Teman seperjuangan