~...~
Thursday, August 15, 2013
Monday, March 18, 2013
Tahniah dengan kehadiran mujahidah baru.
Buat sahabat sekalian post kali ini kita berkongsi tentang khabar gembira mengenai sahabat lama kita Noor Syazana dan Siti Hafifah. Rasanya ramai dikalangan kita sudah mengetahui akan berita ini. Namun tiada salahnya jika kita meraikan mereka diruangan ini. Alhamdulillah, setelah hampir beberapa tahun mendirikan rumahtangga, Zana dikurniakan dengan cahaya mata anugerah Illahi. Puteri sulungnya ♥ Hanie Naziihah ♥ putera kedua ♥ Muhammad Hafiey Nazraan ♥ dan puteranya yang ketiga♥ Hafnie Naazneen ♥yang kini menginjak ke usia 3 bulan.
beralih pula pada kisah Epah, kawan-kawan pegi tak walimah epah? sape yang pegi angkat tangan...hehe. Alhamdulillah sahabat kita Hafifah pun dah selamat mendirikan baitul muslim awal Mac yang lalu. Barakallahu fikum.
Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Saturday, October 1, 2011
detik RAMADHAN menjelang SYAWAL
Thursday, February 10, 2011
picnic JOM!
Tarikh : 3 Febuari 2011
Masa : 11 pagi
Objektif : PICNIC AT PANTAI MURNI
Pertama dan selamanya marilah melimpahkan rasa syukur kepada pemilik semesta ini.kerna hari ini detik ini dan saat ini kita masih lagi berpeluang mengecap nikmatNya yang tidak terbatas telah pun dianugerahkan buat kita semua. Pada hari Khamis 3 Febuari 2011, satu pertemuan telah diatur dan berlangsung dengan sempurna buat kedua kalinya. Terdetik rasa rindu dengan kenangan yang selalu terbayang di layar minda bersama kalian. Program bermula lewat tengahari ekoran beberapa kesulitan kecil yang menganggu. Namun ianya tidak menjejaskan agenda yang telah rapi diatur. Antara agenda yang berlangsung sepanjang pertemuan:
PENGENALAN KPD ALUMNI
PENGENALAN KEPADA JAWATANKUASA TERLANTIK
Kesepakatan YURAN AKTIVITI sebanyak RM30 setahun
MEDIUM PERANTARAAN SEMASA
BLOG/FB/YAHOO MESSENGER/YAHOO GROUP…
USUL AKTIVITI
-Grand reunion
-BBQ -tanjung dawai
-pulau bunting
SESI BERGAMBAR
Setelah menyudahi agenda terakhir, rakan sahabat mengambil peluang untuk menjelajah tempat-tempat menarik disekitar daerah Yan. Masing-masing saling berceloteh perihal persekitaran baru modal santapan telinga. Ukhuwah yang sekian lama terhenti kini terjalin kembali. Terlihat senyuman kebahagiaan tika salam disapa, tangan menyambut, mahabbah bertaut. Diharapkan kalian sentiasa berdiri beiringan untuk kita sama-sama melangkah ke daerah baru dalam mencari warna seindah pelangi. Wassalam..
Sunday, September 12, 2010
senaRai jaWataNkuasa AluMni (MUSLIMAT)
Jawatankuasa Alumni Generasi ke-5 Maktab Mahmud Yan. (MUSLIMAT)
| Presiden | Nurul Ain Hazram |
| Setiausaha | Siti Raudohtul Asiah Mohd Zain |
| Timb. Setiausaha | Muna Mohd Rodzi |
| Bendahari | Sumaiyah Ramli |
| Exco perhubungan & informasi | Nur Shuhada A. halim |
| Exco kebajikan & Tugas Khas | Nuurshiraathal Firdaws Abd Rani |
| Exco dakwah & Pembangunan Insan | Siti Faridah Ahmad |
| Exco penerbitan & multimedia | Ummu Aiman Al-Abidah Zainal Abidin |
| Exco Aktiviti Luar | Khadijah Abu Bakar |
| Mas’ulah | 1. Nurul Syuhada Mustaffa (UUM,KUIN,UiTM MERBOK) 2. Nurul Hanim Abd Rozak (UMT,UDM,UiTM TERENGGANU) 3. Muniroh Khalib (UM,DQ,UPSI,USIM,UIAM,TAHFIZ KLANG,UiTM SHAH ALAM) |




















