~...~

Sunday, July 18, 2010

Usahasama Pelaksanaan Jawatankuasa Alumni MMY



Tarikh: 17 JULAI 2010
Masa : 11 PG-5 PTG
Lokasi: KL Sentral

Satu pertemuan semula berjaya dilaksanakan oleh sebilangan bekas pelajar puteri generasi ke-5 sebagai satu usaha bagi merealisasikan penubuhan jawatankuasa alumni sekolah tercinta Maktab Mahmud Yan. Usaha ini turut mendapat sokongan penuh daripada rakan seperjuangan di sekitar ibu negara. Pertemuan yang dianggotai sahabat-sahabat yang kini masih menuntut di peringkat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta institusi tahfiz terkenal Darul Quran. Mereka memyumbang sepenuh komitmen untuk hadir sama berdiskusi mengenai motif sebenar serta gerak kerja yang harus dijalankan melalui pertubuhan ini.

Perbincangan mencapai kata sepakat dengan tertubuhnya satu jawatankuasa induk muslimat yang terdiri daripada lima exco yang bernaung di bawah barisan majlis tertinggi pertubuhan berkenaan. Beberapa aktiviti turut dirangka sebagai platform pergerakan dalam pertubuhan ini selain merangka khusus aktiviti jangkamasa terdekat seiring dengan objektif dan sasaran sebenar. Harapan kami agar generasi kelima turut berdiri seiring pewaris kecemerlangan bangsa yang masih mampu menyumbang keringat kepada bumi barakah Ma'ahad Mahmud tercinta. Apalah gunanya ilmu didada jika jasa dan bakti kita hanya dijaja oleh bibir semata. Ayuh bangkitlah! kita semarakkan kembali raudhatul ma'ahadi dipersada bumi yang sejati.

Teman seperjuangan