~~~LEGASI LIMA~~~
Langkah
Enigma
Generasi
Aspirasi
Sentuhan
Islam
LIqa
MAhabbah
Tarikh : 3 Febuari 2011
Masa : 11 pagi
Objektif : PICNIC AT PANTAI MURNI
Pertama dan selamanya marilah melimpahkan rasa syukur kepada pemilik semesta ini.kerna hari ini detik ini dan saat ini kita masih lagi berpeluang mengecap nikmatNya yang tidak terbatas telah pun dianugerahkan buat kita semua. Pada hari Khamis 3 Febuari 2011, satu pertemuan telah diatur dan berlangsung dengan sempurna buat kedua kalinya. Terdetik rasa rindu dengan kenangan yang selalu terbayang di layar minda bersama kalian. Program bermula lewat tengahari ekoran beberapa kesulitan kecil yang menganggu. Namun ianya tidak menjejaskan agenda yang telah rapi diatur. Antara agenda yang berlangsung sepanjang pertemuan:
PENGENALAN KPD ALUMNI
PENGENALAN KEPADA JAWATANKUASA TERLANTIK
Kesepakatan YURAN AKTIVITI sebanyak RM30 setahun
MEDIUM PERANTARAAN SEMASA
BLOG/FB/YAHOO MESSENGER/YAHOO GROUP…
USUL AKTIVITI
-Grand reunion
-BBQ -tanjung dawai
-pulau bunting
SESI BERGAMBAR
Setelah menyudahi agenda terakhir, rakan sahabat mengambil peluang untuk menjelajah tempat-tempat menarik disekitar daerah Yan. Masing-masing saling berceloteh perihal persekitaran baru modal santapan telinga. Ukhuwah yang sekian lama terhenti kini terjalin kembali. Terlihat senyuman kebahagiaan tika salam disapa, tangan menyambut, mahabbah bertaut. Diharapkan kalian sentiasa berdiri beiringan untuk kita sama-sama melangkah ke daerah baru dalam mencari warna seindah pelangi. Wassalam..